Berita

10 keluarga dikuarantin Covid-19 dapat bantuan makanan

SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 10 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19.

Saiful berkata, sebanyak tiga keluarga masing-masing dari Felda Pasoh 2, Felda Lui Timur, Felda Lui Muda dan sebuah keluarga di Kampung Serampang Indah telah menerima bantuan makanan.

“Semua keluarga yang dikuarantin ini mempunyai hubungan rapat dengan pesakit Covid-19.

“Saya mendoakan semoga semua pesakit yang dijangkiti virus Covid-19 ini cepat sembuh dan kuat menghadapi dugaan ini,” kata Saiful Bahri.

Show More

Related Articles

Back to top button