Aktiviti

10 keluarga kurang kemampuan disantuni Aishah

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti ‘Aishah Seman@Othman telah menyantuni 10 keluarga kurang berkemampuan di Taman Pasir Besar di sini.

Turut bersama beliau Pengerusi KRT Taman Pasir Besar, Encik Mohd Isa Abd Razak; Pengerusi MPKK Felda Pasir Besar, Encik Hermansyah Edizar dan Pengerusi MPKK Kampung Kurnia DiRaja, Encik Mahmod Isa.

“Kami telah mengagihkan bantuan pek makanan kepada 10 keluarga kurang berkemampuan di Taman Pasir Besar.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga penerima,” ujar Siti Aishah.

Salah seorang penerima, Puan Zaharah Maarip, 84, menyatakan rasa syukur dengan bantuan ini.

“Mak Cik terharu dengan pemberian bantuan ini. Mak Cik doakan segala urusan Puan Siti Aishah dan MPKK dipermudahkan,” katanya.

Sementara itu, Mahmod mengucapkan terima kasih kepada Siti Aishah kerana sudi turun padang dan menghulurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan.

Show More

Related Articles

Back to top button