Berita

10 keluarga mangsa banjir Kampung Pasir Rasah terima bantuan kewangan

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren; Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin dan Wakil Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan St.Paul Seremban, Encik Yunesh telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada 10 buah keluarga di Kampung Pasir, Rasah; yang terjejas berikutan banjir kilat yang berlaku pada 4 November lepas.

“Sumbangan sejumlah RM2,000 adalah hasil inisiatif dan derma yang dikumpul oleh Encik Yunesh dan bekas pelajar SMK St.Paul, sesi tahun 1999-2003.

“Semua 10 keluarga mangsa banjir tersebut menerima wang tunai RM200 setiap keluarga.

“Nilai murni seperti ini perlu diteladani oleh semua orang kerana sentiasa prihatin dan memahami kepayahan masyarakat setempat di kala ditimpa musibah yang tidak diundang.

“Jasa dan nilai budi mereka pasti mendapat ganjaran, setiap kebaikan yang dibuat pasti dikenang selamanya,” kata Gunasekaren.

Gunasekaren dan Cha mengucapkan terima kasih kepada Encik Yunesh dan rakan-rakannya yang peka dan prihatin di atas nasib yang menimpa mangsa banjir ini.

Show More

Related Articles

Back to top button