Aktiviti

10 keluarga terima sumbangan Krismas dari Musliadi

Tiga pelajar terima bantuan kewangan IPT

JERAM PADANG: Sempena sambutan Hari Krismas, Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 10 keluarga dari komuniti Odisha yang beragama Kristian di sekitar Taman Bahau.

“Semoga sumbangan ini dapat menceriakan penerima yang menyambut Hari Natal.

“Dalam kesempatan ini, saya turut menyerahkan akhbar ‘Nogori Kito’ dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk diedarkan kepada penduduk sekitar agar segala informasi mengenai Kerajaan Negeri sampai kepada rakyat.

Turut hadir wakil komuniti Odisha Bahau, Encik Sujol Bido.

Tiga pelajar IPT terima bantuan kewangan

Sementara itu tiga pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerima bantuan kewangan IPT dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang diserahkan oleh Musliadi.

“Bantuan ini diberikan kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah, Diploma atau Sijil.

“Bantuan one-off sebanyak RM1,000 untuk ijazah, RM750 untuk Diploma dan RM500 untuk Sijil.

“Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan beban kos yang ditanggung dan dimanfaatkan oleh pelajar dengan berhemah

“Semoga suatu hari nanti menjadi pelajar cemerlang dan dapat mencurah bakti kepada negeri dan negara,” kata Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button