Aktiviti

50 pelajar Bagan Pinang terima bantuan beg sekolah

BAGAN PINANG: Walaupun sesi persekolahan tahun 2021 telah ditangguhkan pada 20 Januari (hari ini), akibat keadaan semasa Covid-19, Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman tetap meneruskan program ‘Back to School Bagan Pinang 2021′.

Nasir berkata, majlis penyerahan sumbangan beg sekolah kepada 50 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan dari kawasan DUN Bagan Pinang telah diadakan bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson.

“Terima kasih kepada Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Dr.Anwar Ibrahim atas keprihatinan dan sumbangan ini.

“Penyerahan dilaksanakan mengikut SOP yang amat ketat di mana semua penerima memakai pelitup muka, memastikan penjarakan sosial dan menggunakan hand sanitizer,” katanya.

Sementara itu dalam satu program berasingan, Nasir menyampaikan sumbangan ‘food basket’ (bakul makanan) kepada Ahli Jawatankuasa MPKK DUN Bagan Pinang.

“Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat membantu mereka dalam pasca Perintah Kawalan Pergerakan ini,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button