Aktiviti

10 pelajar IPT Sungai Lui terima Bantuan Sara Hidup

SUNGAI LUI: Seramai 10 pelajar Institut Pengajian Tinggi berasal dari DUN Sungai Lui menerima Bantuan Sara Hidup Anak Negeri Sembilan dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Bantuan dalam bentuk cek bernilai RM1,200 diserahkan kepada pelajar berkenaan oleh Penyelaras DUN Sungai, Lui, Tuan Zainal Fikri Abd Kadir.

“Terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan atas keprihatinan membantu pelajar IPT dari keluarga yang kurang berkemampuan yang berasal dari Negeri Sembilan.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban kos sara hidup mahasiswa di kampus,” kata Zainal Fikri.

Turut hadir Pegawai Pembangunan Insan Yayasan Negeri Sembilan, Encik Farman Osman dan Pegawai Yayasan Negeri Sembilan, Encik Roslan.

Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan ini disalurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Negeri Sembilan.

Tiga keluarga kuarantin Covid-19 dibantu Zainal Fikri

Tiga buah keluarga yang dikuarantin kerana wabak Covid-19 di Felda Pasoh 3 dan Kampung Geylang menerima sumbangan barangan makanan asas daripada Zinal Fikri.

“Dua keluarga dari Felda Pasoh 3 dan sebuah keluarga dari Kampung Geylang dikuarantin di rumah masing-masing,” kata Zainal Fikri.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Pasoh 3, Encik Rusdi.

 

Show More

Related Articles

Back to top button