Berita

10 pelajar SPM terima tajaan Musliadi, belajar secara ‘online’

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu menaja 10 pelajar Tingkatan 5 dari Felda Palong 2 untuk belajar secara ‘online’.

Musliadi berkata, beliau menyediakan satu inisiatif sendiri untuk membantu pelajar yang terpilih dan yang konsisten (pencapaian yang baik) dalam pendidikan untuk menerima insentif pembelajaran melalui aplikasi OSEM.

“Seramai 10 pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini layak untuk menerima aplikasi OSEM tersebut.

“Tumpuan kita adalah untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan utama seperti SPM.

“OSEM ialah satu program Sistem Aplikasi Pembelajaran Online. Aplikasi ini dicipta oleh anak jati Malaysia dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Malaya.

“Ianya merupakan pembelajaran yang merangkumi pelajaran dari Sekolah Rendah sehingga Sekolah Menengah.

“Untuk bulan pertama ini saya menaja kos pendidikan melalui OSEM untuk 10 pelajar ini. Semoga anak-anak ini berjaya walaupun pembelajaran melalui alam maya,” jelas Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button