Berita

10 warga emas keuzuran terima sumbangan kerusi roda dari Nasarudin

CHEMBONG: Program Ziarah Kasih DUN Chembong merupakan program kebajikan Pejabat Penyelaras DUN Chembong bagi menyantuni warga Chembong yang keuzuran dan memerlukan perhatian.

Sepanjang bulan Julai ini (sehingga 11 Julai), Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim telah menyantuni 10 individu warga emas yang uzur.

“Saya telah menyampaikan sumbangan kerusi roda dan lampin pakai buang kepada 10 warga emas yang keuzuran disebabkan pelbagai penyakit kronik.

“Sebanyak 10 buah kerusi roda dan 15 bungkus lampin pakai buang telah diserahkan kepada 10 orang penerima.

10 warga emas yang menerima sumbangan ini dari Kampung Pedas Gaing, Kampung Kundur Tengah, Kampung Kundur Hilir, Kampung Tanjung Sena, Kampung Batu Hampar dan Kampung Seberang Batu Hampar.

Turut hadir bersama, Pengerusi MPKK Kampung Pedas Gaing, Encik Mahfuz; Pengerusi MPKK Kampung Kundur Tengah, Encik Zaily; Pengerusi MPKK Kampung Kundur Hilir, Encik Daud; Pengerusi MPKK Kampung Tanjung Sena, Encik Zizan; Pengerusi MPKK Kampung Batu Hampar, Encik Fazli dan MPKK Kampung Seberang Batu Hampar, Encik Fazriq.

Show More

Related Articles

Back to top button