Berita

100 Ikon Belia Negeri Sembilan mendapat ‘hadiah’ dari Taufek

PAROI: Exco Pembangunan Belia dan Sukan, YB Mohamad Taufek Abdul Ghani menyantuni 100 Ikon Belia Negeri Sembilan dan menyerahkan ‘hadiah’ berbentuk pelbagai jenis ‘kuih raya’ sebagai tanda penghargaan.

Mohamad Taufek berkata, golongan belia yang dianggap sebagai ikon belia di Negeri Sembilan harus disantuni dan diberi galakan agar lebih ramai belia Negeri Sembilan dapat mengikuti jejak langkah kejayaan mereka.

“Justeru, di bawah program anjuran Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH), seperti tahun yang sebelumnya, kami menyumbang ‘Bakul Raya Tabah’ ini kepada 100 belia terpilih termasuk kapten pasukan bolasepak Negeri Sembilan, Saudara Zaquan Adha serta Presiden e-Sport Negeri Sembilan dan Juara Badminton Bawah 18 Tahun MSSM Negeri Sembilan, Saudara Iskandar.

“Pada tahun ini sempena bulan Syawal, kita jalankan program ini di daerah Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

“Secara keseluruhannya seramai 100 Ikon Belia Negeri Sembilan menerima sumbangan ‘Bakul Raya Tabah’ pada tahun ini,” jelas Mohamad Taufek.

Mohamad Taufek menjelaskan kepada Negeri Kita, Ikon Belia tidak semestinya belia yang berjaya dalam bidang sukan sahaja tetapi belia yang berjaya dalam bidang perniagaan atau apa jua bidang turut diangkat sebagai Ikon Belia Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button