Berita

100 keluarga dikuarantin Covid-19 terima bantuan dari Nasir

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman menghulur bantuan barangan keperluan dapur dan ikan segar kepada 100 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19.

“Penerima adalah di kalangan mereka yang terputus bekalan makanan kerana menjalani kuarantin di rumah.

“Barangan yang disumbang ialah beras, telur dan ikan keli kepada keluarga yang dikuarantin

“Semoga sumbangan ini meringankan beban keluarga ini,” kata Nasir.

Nasir berkata, 100 keluarga yang dibantu ini dari Kampung Bagan Pinang, Kampung Teluk Kemang, Kampung Baru, Kampung SiRusa, Taman Intan Perdana, Rumah Rakyat Telok Kemang dan Taman Desa Rusa.

Turut terlibat dengan program ini, Pegawai Khas Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson, Mejar (B) Hasrin Abdul Samat.

Show More

Related Articles

Back to top button