Berita

Aminuddin santuni 18 asnaf di Felda Pasir Besar

GEMAS: Seramai 18 orang asnaf menerima sumbangan kewangan dan bakul makanan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Sempena Ramadhan ini, teruskan istiqamah dalam melaksanakan Tadarus Al-Quran, solat sunat Tarawih serta Qiamullail.

“Semoga kita dapat mengekalkan momentum ibadah ini sehingga berakhirnya Ramadan dan kemeriahan Ramadhan dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat,” kata Aminuddin.

Aminuddin menyerahkan sumbangan selepas menunaikan solat Isyak serta solat sunat Terawih di Masjid Felda Pasir Besar.

Terlebih dahulu Aminuddin menyantuni peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadhan Felda Pasir Besar.

“Harga juadah yang dijual masih lagi berpatutan walaupun berlaku kenaikan harga barang mentah.

“Terima kasih kepada peniaga yang peka dan bertimbang rasa dengan kemampuan pelanggan,” ujarnya.

 

Foto: Nabil Syafiq

 

Show More

Related Articles

Back to top button