Berita

100 keluarga Hindu terima sumbangan Deepavali dari Bakri

KLAWANG: ADUN Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir telah mengadakan program Sentuhan Kasih Penganut Hindu DUN Klawang sempena sambutan Hari Deepavali pada 4 November ini.

“Saya telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 100 keluarga kurang berkemampuan dari DUN Klawang.

“Saya berharap semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama menerapkan semangat muhibbah.

“Semoga sumbangan ini menceriakan lagi sambutan Deepavali pada tahun ini,” kata Bakri yang juga Exco Pertanian dan Industri Makanan.

ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaran yang turut hadir berkata Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan tidak pernah meminggirkan masyarakat India.

“Masyarakat India di Negeri Sembilan turut menikmati pelbagai insentif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

“Justeru, adalah besar harapan saya agar masyarakat India di DUN Klawang meneruskan sokongan kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti,” kata beliau.

Turut hadir, Penyelaras DUN Pertang, Tuan Zainal Fikri Abdul Kadir.

 

Show More

Related Articles

Back to top button