Berita

1,000 asnaf terima sumbangan barangan makanan daripada Ng

Sumbangan kepada pekerja SWM diagihkan secara pandu-lalu (Drive Thru)

TEMIANG: Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, YB Ng Chin Tsai mengambil inisiatif kreatif menyerahkan sumbangan barangan keperluan dapur dengan cara pandu-lalu (Drive Thru).

Ng berkata, bermula 26 Jun yang lepas, beliau agihkan barangan keperluan dapur kepada golongan yang memerlukan di DUN Temiang.

Seramai 1,000 asnaf akan menerima sumbangan barang keperluan dapur ini secara berperingkat.

Memandangkan sekarang ini masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Ng telah menyerahkan 100 bungkusan barangan keperluan dapur kepada pekerja-pekerja SWM Environment Sdn Bhd secara pandu-lalu.

“Ini sebagai tanda penghargaan kepada pekerja-pekerja SWM yang sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekitar demi kesihatan orang ramai.

“Dedikasi mereka tidak terkecuali di sepanjang tempoh PKP, PKPB dan sehingga kini PKPP.

“Sebahagian pekerja SWM yang bermotorsikal telah menerima penyerahan barangan dapur secara pandu-lalu.

“Mereka hanya perlu kekal di tempat duduk masing-masing untuk menerima barangan keperluan dapur ini,

“Selepas itu boleh terus balik. Caranya cukup mudah dan cepat. Inilah pendekatan di bawah norma baru,” kata Ng.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close
Close