Berita

1,000 pelajar kurang kemampuan terima bantuan ‘Back to school’

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Mohamad Rafie Abdul Malek telah menyerahkan bantuan beg sekolah, buku tulis dan kelengkapan alat tulis kepada 1,000 pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

“Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan menawarkan peralatan ini kepada 1,000 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di DUN Ampangan tanpa mengira kaum, agama mahupun kefahaman politik.

“Pelajar yang menerima sumbangan ini terdiri daripada pelajar tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah

“Semoga sumbangan ini meringankan beban kewangan ibubapa menjelang pembukaan musim sekolah pada tahun hadapan,” kata Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie berkata demikian di program ‘Back to school DUN Ampangan’ di Balai Raya Kampung Bahagia Jiboi.

Mohamad Rafie berkata, sekiranya terdapat ibubapa yang kurang berkemampuan di DUN Ampangan yang mempunyai anak bersekolah tetapi tidak menerima sumbangan ‘Back to school’ ini, sila hubungi segera Pengerusi MPKK seperti berikut:

MPKK Kampung Ismail – Encik Karim – 019-391 1290,

MPKK Kampung Bahagia Jiboi – Encik Ishak – 019-620 2966,

MPKK Kampung Jiboi Baru – Ustaz Zuhaidi – 013-630 7328,

MPKK Jalan Kuala Pilah – Encik Azhar – 012-675 1272,

MPKK Kampung Sekolah – Encik Hashinordin – 016-368 4279,

MPKK Sungai Landak – Encik Abu Omar – 019-332 9464,

MPKK Kampung Gedong Lalang Lama – Encik Azizan Omar – 012-210 6466,

MPKK Dusun Nyior – Encik Halmi – 017-346 0372.

Show More

Related Articles

Back to top button