Berita

1,002 orang berjaya menerima vaksin dos pertama di DUN Ampangan

AMPANGAN: Seramai 1,002 orang telah berjaya menerima suntikan vaksin Pfizer dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ‘Outreach’ DUN Ampangan di Dewan Besar Gedong Lalang 50.

ADUN Ampangan, YB Dato’ Mohamad Rafie Abdul Malek berkata, pencapaian vaksinasi di PPV “Outreach” DUN Ampangan telah berjaya mencapai sasaran 100 peratus.

“Secara keseluruhan, program vaksinasi yang dijalankan ini amat berjaya.

“Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan berbangga dapat membantu seramai 1,002 orang warga Ampangan untuk menerima suntikan vaksin dalam usaha kita ingin mencapai imuniti kelompok (herd immunity) di negara ini.

“Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, MPKK DUN Ampangan, para sukarelawan, PDRM, RELA dan semua pihak yang telah menjayakan program pemberian vaksin ‘Outreach’ ini.

“Insyah Allah, PPV ‘Outreach’ DUN Ampangan di Dewan Besar Gedong Lalang 50 akan dibuka semula pada 14 Ogos 2021, untuk pemberian vaksin dos kedua,” kata Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button