Aktiviti

105 pelajar terima bantuan pakaian seragam sekolah dari Latif

59 pemohon TUNS DUN Gemencheh akan menerima bantuan RM3,000

GEMENCHEH: Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh telah mengadakan program ‘Back To School DUN Gemencheh’ membabitkan 105 pelajar sekolah dari 21 kampung di DUN Gemencheh.

Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi berkata, 105 pelajar sekolah dari keluarga kurang berkemampuan ini dibawa ke kedai pakaian untuk memilih pakaian seragam, kasut dan beg sekolah.

Abd Latif turut  mengedarkan kalendar tahun 2021 kepada semua pengerusi MPKK yang hadir.

Sementara itu dalam satu program yang berasingan, Abd Latif mengadakan sesi taklimat dan majlis penyerahan sijil Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS).

“Seramai 11 penerima bantuan TUNS hadir untuk mengambil geran dan sijil.

“Geran berjumlah RM3,000 akan dikreditkan ke akaun penerima dalam masa terdekat.

“Setakat ini seramai 59 pemohon TUNS dari DUN Gemencheh layak dan akan menerima bantuan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan ini secara berperingkat,” ujar Abd Latif.

 

Show More

Related Articles

Back to top button