Aktiviti

1,080 keluarga terjejas pendapatan akibat Covid-19 terima bantuan makanan dari Mary

RAHANG: ADUN Rahang, YB Mary Josephine menghulurkan bantuan barangan dapur kepada 1,080 keluarga yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 di DUN Rahang.

Mary berkata, bantuan makanan ini adalah inisiatif Pusat Khidmat Rakyat DUN Rahang yang berterusan sejak PKP tahun lepas.

“Sejak itu, kami mengumpul data yang mengandungi maklumat pemohon yang berkelayakan, yang pendapatan mereka telah terjejas disebabkan pandemik Covid-19 sejak Mac 2020.

“Saya juga ingin menyeru kepada penduduk DUN Rahang yang memerlukan bantuan, boleh datang ke pejabat saya untuk membuat permohonan dan menerima bantuan ini.

“Team DUN Rahang sentiasa peka dengan keperluan rakyat di samping melaksanakan kerja-kerja sanitasi di sekitar DUN Rahang dan juga di luar kawasan DUN mengikut permintaan dan keperluan,” ujar Mary.

Untuk sebarang pertanyaan bantuan, sila hubungi Pusat Khidmat Rakyat DUN Rahang di talianĀ  06 – 762 5328.

Show More

Related Articles

Back to top button