Berita

11 keluarga terima sumbangan makanan dari Rahman

JEMPOL: Jelajah Cakna Pejabat Penyelaras DUN Serting merupakan program kebajikan yang diadakan hampir setiap minggu di DUN Serting.

Penyelarasnya, Tuan Abdul Rahman Ramli berkata, dalam program kali ini seramai 11 keluarga dari dua taman perumahan di Bandar Seri Jempol telah menerima sumbangan bekalan makanan asas.

“Sumbangan bernilai RM100 setiap satu set telah diserahkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

“Semoga sumbangan ini meringankan beban perbelanjaan harian keluarga ini,” kata Abdul Rahman.

Show More

Related Articles

Back to top button