Berita

Arul agih bantuan bakul makanan kepada 500 keluarga

NILAI: Sebanyak 500 keluarga yang terjejas pendapatan akibat Covid-19, menerima bantuan bakul makanan dari ADUN Nilai, YB J.Arul Kumar.

“Pagi Ahad saya dibantu Nilai Action Team telah mengagihkan 500 bakul makanan kepada keluarga yang terjejas pendapatan akibat Covid-19 di DUN Nilai.

“Bantuan barangan keperluan dapur ini dihantar dari rumah ke rumah mengikut SOP yang ditetapkan.

“Diharapkan bantuan makanan ini sedikit sebanyak meringankan beban penerima bantuan.

“Terima kasih kepada Ahli Parlimen Seremban, YB Loke Siew Fook di atas sumbangan bantuan makanan ini,” ujar Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button