Berita

Rusli sumbang kerusi roda kepada pesakit saraf

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah menyantuni Puan Zalaiha Zainal, 67, dari Kampung Permatang Pasir di sini.

Rusli berkata, Zalaiha mengalami sakit urat saraf yang menyebabkan pergerakan beliau begitu terbatas.

“Prihatin dengan keadaan beliau, Pengerusi MPKK Kampung Permatang Pasir, Encik Khairul Nizam Mat Som telah membuat permohonan kerusi roda kepada saya.

“Saya telah mengambil tindakan segera dengan meluluskan permohonan dengan kadar segera dan bergegas menghantar kerusi roda ini ke rumah beliau.

“Saya berharap agar bantuan ini memudahkan urusan keluarga pesakit dan dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa,” ujar Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button