Berita

Anwar hulur bantuan makanan kepada 27 pengusaha bas sekolah

PORT DICKSON: Pengusaha bas dan van sekolah merupakan antara golongan yang turut terkesan dengan pandemik Covid-19.

Justeru, Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengagihkan bantuan barangan keperluan dapur kepada 27 penerima dari
Persatuan Pemandu Bas Sekolah Port Dickson.

“Pejabat saya meneruskan sumbangan bakul makanan kepada warga Port Dickon yang memerlukan.

“Hari ini seramai 27 pengusaha bas dan van sekolah mewakili keluarga mereka telah menerima bantuan bakul makanan ini.

“Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu para penerima,” kata Anwar.

Pegawai Ahli Parlimen Port Dickson, Mejar (B) Hasrin Abdul Samat mewakili Anwar mengagihkan bantuan makanan kepada semua penerima di perkarangan Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson pagi tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button