Aktiviti

12 keluarga di kuarantin Covid-19, terima bantuan makanan dari Yus Mazmi

PERTANG: Memahami kesulitan yang dihadapi oleh 12 keluarga yang telah dikenakan perintah kuarantin sepenuhnya selama 14 hari di Felda Lui Timur; Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof telah mengagihkan bantuan makanan asas.

“12 keluarga ini di kuaratin di rumah bermula 11 Disember hingga 21 Disember ekoran terdapat 12 kes positif Covid-19 di Felda berkenaan setakat ini.

“Saya telah menyerahkan bantuan makanan seperti beras, minyak masak, susu, mee segera, biskut, gula, telur dan tepung kepada keluarga mangsa.

“Semoga sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan keperluan dapur mangsa yang terlibat,” kata Yus Mazmi.

Yuz Mazmi turut menghulurkan sumbangan air mineral kepada petugas ‘frontliners’ di Felda Sungai Lui Timur.

 

Show More

Related Articles

Back to top button