Aktiviti

120 keluarga terima sumbangan pek sayur-sayuran dari Gunasekaren

DUN SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyumbang pek sayur-sayuran kepada 120 keluarga kurang berkemampuan di Taman Seremban Jaya dan Taman Tuanku Ampuan Najihah.

“Sumbangan sayur-sayuran seperti timun, bendi, kacang panjang dan timun telah diserahkan kepada wakil dan pengerusi KRT untuk diagihkan kepada penduduk yang terlibat di taman perumahan berkenaan.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban para penerima,” ujar Gunasekaren.

Turut hadir, Pengerusi KRT Taman Seremban Jaya (Fasa 5), Encik Raja dan Pengerusi KRT Taman Tuanku Ampuan Najihah, Encik Musarul.

Show More

Related Articles

Back to top button