Berita

13 kakitangan Felda dikuarantin Covid-19 dibantu Saiful Bahri

SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman mengagihkan sumbangan beg makanan kepada 13 kakitangan Pejabat Felda Pasoh 2 dan yang dikuarantin di rumah akibat Covid-19.

Beliau turut menyumbang bantuan makanan kepada empat keluarga peneroka Felda Pasoh 2.

“Semoga sumbangan ini meringankan beban keluarga penerima.

“Saya mendoakan kesemua yang dikuarantin ini cepat sembuh,” kata Saiful Bahri.

Saiful Bahri mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi MPKK Felda Pasoh 2, Encik Abd Kadir Hussin dan Setiausahanya, Puan Juliana Jamaludin yang membantu untuk menyelaraskan bantuan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button