Berita

13 keluarga dikuarantin Covid-19 dapat perhatian Saiful

SUNGAI LUI: Sebanyak 13 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 menerima bantuan barang keperluan dapur daripada Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahrin Jaaman.

“Saya telah mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada lapan keluarga yang tinggal di Felda Pasoh 3, dua keluarga di Felda Lui Timur, dua keluarga di Felda Lui Selatan 1 dan sebuah keluarga di Kampung Baru Ayer Hitam.

“Agihan bantuan makanan ini dibuat mengikut SOP yang ditetapkan.

“Saya mendoakan agar 13 keluarga ini sembuh seperti sediakala.

“Terima kasih kepada MPKK kawasan yang terlibat yang sentiasa menyampaikan maklumat berhubung kes kuarantin Covid-19 kepada saya,” kata Saiful Bahri.

Show More

Related Articles

Back to top button