Berita

13 pesara SAINS terima Bon Simpanan Premium BSN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyampaikan sijil penghargaan kepada 13 pesara Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) di Kediaman Rasmi hari ini.

“Bagi menghargai jasa dan bakti kakitangan SAINS, bermula tahun ini semua pesara menerima Bon Persaraan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.

“Mewakili pengurusan SAINS, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pesara di atas khidmat yang diberikan sewaktu dalam perkhidmatan.

“Selamat bersara kepada semua pesara,” ujar Aminuddin yang juga Pengerusi SAINS.

Aminuddin berkata, 13 kakitangan SAINS ini adalah mereka yang bersara antara bulan Januari hingga Jun 2021.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button