Berita

Pembukaan Pejabat Kutipan Zakat Perbadanan Baitulmal NS

Selaras dengan pengumuman kerajaan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa 13 Mei 2020 sehingga 9 Jun 2020, maka Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS akan membuka pejabat kutipan zakat di setiap daerah bermula pada 13 Mei 2020 bersamaan 20 Ramadan 1441.

Pembukaan Pejabat Kutipan Zakat ini adalah bagi memudahkan masyarakat Islam di Negeri Sembilan yang menghadapi kesukaran untuk menunaikan Zakat Harta dan Fitrah secara online.

Walau bagaimanapun, bagi masyarakat Islam yang mempunyai pelbagai kemudahan capaian internet adalah digalakkan untuk terus menunaikan Zakat Harta dan Fitrah secara dalam talian seperti mana yang telah dimaklumkan sebelum ini.

𝗣𝗲𝗺𝗯𝘂𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗞𝘂𝘁𝗶𝗽𝗮𝗻 𝗭𝗮𝗸𝗮𝘁, 𝗣𝗠𝗕𝗮𝗜𝗡𝗦 𝗠𝗔𝗜𝗡𝗦 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝘂𝘁:

𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛: 𝟭𝟯 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟬 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟯 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟬 (𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂)
𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡: 𝟵.𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟰.𝟬𝟬 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴
𝗟𝗢𝗞𝗔𝗦𝗜: 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗞𝘂𝘁𝗶𝗽𝗮𝗻 𝗭𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵
𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡: 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗭𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗭𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗙𝗶𝘁𝗿𝗮𝗵

Pihak Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS menegaskan tiada pembayaran kutipan Zakat Harta dan Fitrah melalui ejen atau ‘amil kecuali berurusan terus di Pejabat Kutipan Zakat Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Dalam usaha mencegah penularan pandemik COVID-19, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS akan mengambil langkah pencegahan seperti yang ditetapkan dalam garis panduan (SOP) PKPB. MAINS juga akan mematuhi syarat garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗥𝗣𝗢𝗥𝗔𝗧, 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗥𝗣𝗢𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗗𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗜𝗧𝗨𝗟𝗠𝗔𝗟 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗜𝗡𝗦

Show More

Related Articles

Back to top button