Berita

14 pengerusi dan setiasaha MPKK DUN Klawang dilantik semula

KLAWANG: Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir mewakili Kerajaan Negeri Sembilan telah menyampaikan watikah perlantikan semula pengerusi dan setiausaha MPKK bagi DUN Klawang.

Bakri berkata, seramai 14 pengerusi dan 14 setiausaha MPKK telah menerima watikah perlantikan dalam majlis ringkas yang diadakan di Pusat Khidmat Rakyat DUN Klawang.

“Adalah menjadi tanggungjawab Pengerusi dan Setiausaha MPKK menjadi mata dan telinga kepada rakyat di samping menjalankan tugas-tugas kebajikan bagi memastikan setiap penduduk di bawah jagaan mereka tidak dipinggirkan.

“Saya amat berpuas hati dengan prestasi MPKK di dalam DUN Klawang yang cemerlang melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

“Saya berharap mereka dapat meneruskan kecemerlangan mereka bagi memastikan setiap rakyat terbela dan mendapat faedah yang disediakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan,” ujar Bakri yang juga ADUN Klawang.

Sementara itu, pengerusi dan setiausaha MPKK yang hadir, menzahirkan rasa berbesar hati dan berterima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan kerana masih mempercayai mereka untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua masyarakat.

Show More

Related Articles

Back to top button