Berita

140 keluarga dibantu Rebin sepanjang PKP 3.0

PALONG: Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0), sebanyak 140 keluarga telah menerima bantuan makanan daripada Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham.

“Setakat dua minggu pertama tempoh PKP 3.0, sebanyak 140 pek barangan makanan telah dihantar ke rumah-rumah yang telah diarahkan dikuarantin (Covid-19) dan keluarga yang kurang berkemampuan.

“Bantuan makanan ini diagihkan kepada 60 keluarga di Felda Palong 6, Felda Palong 9 (38 keluarga), Felda Palong 5 (20), Felda Palong 7 & 8 (10), Felda Palong 3 (6) dan Felda Palong 4 (6),” ujar Rebin.

Menurut Rebin, beliau turut menyumbang sebuah kerusi roda kepada seorang warga emas dari Felda Palong 4 yang baru sembuh dari penyakit Covid-19.

“Pak Cik Yusof Razak baru sembuh dari penyakit Covid-19. Namun, kesihatan beliau agak merosot dan memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak.

“Pejabat Penyelaras DUN Palong sentiasa memantau perkembangan penularan Covid-19 dan peka terhadap kebajikan warga DUN Palong,” jelas Rebin.

Show More

Related Articles

Back to top button