Aktiviti

141 asnaf dan anak yatim terima ‘duit raya’ dari Musliadi

JERAM PADANG: Seramai 141 orang asnaf dan anak yatim telah menerima sumbangan ‘duit raya’ dan barang keperluan (makanan) menyambut Hari Raya Aidil Fitri dari Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

“Sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi, saya telah menyumbang ‘duit raya’ dan barang keperluan makanan kepada 26 orang asnaf dan lima anak yatim dari Kampung Seri Rompin.

“Manakala di Felda Palong 2, seramai 70 orang asnaf dan 40 orang anak yatim turut menerima sumbangan yang sama.

“Semoga sumbangan ini dapat memeriahkan lagi suasana hari raya anak-anak yatim dan asnaf yang diraikan ini,” kata Musliadi.

Musliadi turut berkesempatan menyantuni lapan penerima sumbangan yang kurang berkemampuan di Kampung Pekan Jelai dan dua anak Orang Asal di Kampung Orang Asal Jeram Padang.

“Terpancar kegembiraan diwajah semua penerima dengan kehadiran saya ke rumah mereka.

“Saya juga sempat mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu yang meraikannya pada hari ini,” ujar Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button