Berita

Nasir santuni penduduk kampung, peka masalah setempat

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman beramah mesra dengan pelanggan di Warung Kak Ani di Kampung Bagan Pinang.

Nasir berkata, aktiviti beliau walaupun kelihatan santai tetapi tujuannya adalah bagi mendapatkan maklum balas daripada penduduk kampung tentang permasalahan yang dihadapi.

“Isu yang dibangkitkan oleh kebanyakan penduduk ialah masalah haiwan liar seperti anjing, monyet dan babi hutan di sekitar kawasan kampung.

“Haiwan liar ini merosakkan harta penduduk dan tanaman mereka.

“Insyah Allah, Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang bersama agensi berkaitan akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini,” kata Nasir.

Show More

Related Articles

Back to top button