Aktiviti

15 individu warga emas dan OKU disantuni Bakri

KLAWANG: Program Ziarah Kasih DUN Klawang diketuai oleh ADUN nya, YB Bakri Sawir telah menziarahi 15 keluarga di Kampung Batu Serambai.

Keluarga yang diziarahi kali ini terdiri dari individu warga emas dan orang kurang upaya.

“Saya telah menyampaikan barang-barang keperluan harian, lampin dewasa, susu kesihatan dan lain-lain keperluan harian.

“Saya berharap insan-insan ini agar bersabar dan redha dengan ketentuan Allah SWT.

“Saya akan cuba membantu sedaya upaya bagi meringankan bebanan mereka,” kata Bakri.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Batu Serambai, Encik Nazri Sidek.

Show More

Related Articles

Back to top button