Berita

15 keluarga dikuarantin terima bantuan makanan dari Latif

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi mengagihkan bantuan makanan kepada 15 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 di DUN Gemencheh.

Abd Latif berkata, bantuan makanan harian ini disalurkan melalui MPKK setempat.

“Bantuan ini dihulurkan kepada lima keluarga di Felda Bukit Jalor, dua keluarga di Felda Bukit Rokan Utara, lima keluarga di Felda Bukit Rokan dan masing-masing sebuah keluarga di Kampung Jelawai, Kampung Air Rawa dan Kampung Tengah.

“Semoga bantuan bakul makanan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga tersebut,” ujar Abd Latif.

Show More

Related Articles

Back to top button