Aktiviti

15 keluarga Kampung Geddes terima bantuan Rahman

SERTING: Seramai 15 orang penduduk Kampung Geddes dekat sini telah menerima bantuan bakul makanan dari Pegawai Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli.

Abdul Rahman berkata, pemberian ini merupakan sebahagian dari Siri Jelajah Bantuan DUN Serting yang menyasarkan penduduk kampung yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak Covid-19.

“Setiap set bakul makanan ini bernilai RM100. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga ini,” katanya.

Turut hadir Penghulu DUN Serting, Tuan Mohd Shahrudin Abd Aziz.

Show More

Related Articles

Back to top button