Kolumnis

15 pemain bolasepak ternama bakal habis kontrak hujung musim ini

Messi dan Lukaku ke Manchester City, Ramos sertai MU, Wijnaldum pindah ke Barcelona?

Jendela perpindahan (transfer window) bolasepak merupakan antara saat yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak di seluruh dunia; terutama sekali jendela perpindahan musim panas (summer transfer) setelah semua liga bolasepak menamatkan musim bolasepak.

Sementara musim baru bermula dalam tempoh lebih kurang dua bulan, proses ‘tawar-menawar’ di antara kelab terkemuka dan ‘pancing-memancing’ pemain ternama akan berlaku dengan aktif.

Lazimnya perpindahan yang membabitkan pemain yang sudah tamat kontrak lebih mudah berlaku berbanding pemain yang masih diikat kontrak. Pemain yang masih ada kontrak belum tentu boleh berpindah pasukan, sekiranya kelab asal tidak membenarkan perpindahan tersebut.

Mana-mana peminat bolasepak, sudah pasti mahukan kelab yang disokongnya membeli pemain ternama untuk menguatkan pasukan.

Messi bakal beraksi untuk Manchester City? Ramos bersama MU?

Laporan dari England menyatakan pengurus Maanchester City, Pep Guardiola tidak akan menyambung kontrak Sergio Aguero yang ‘injury prone’ (sering cedera); sebaliknya bercadang membeli Lionel Messi (Barcelona) atau Romelu Lukaku (Inter Milan).

Sergio Ramos pula dikatakan akan ke Manchester United (MU). Walaupun Ramos akan berusia 35 tahun pada 30 Mac ini, MU mempunyai sejarah membeli pemain veteran seperti Zlatan Ibrahimovic (2016 – 2018) dan Edison Cavani (2020 – 2021).

Georginio Wijnaldum pula dijangka akan menyertai Barcelona yang merupakan kelab diminatinya sejak zaman kanak-kanak.

Negeri Kita menyenaraikan 15 pemain bolasepak ternama yang akan tamat kontrak pada penghujung musim ini, yang berkemungkinan menyertai kelab terkemuka lain di Eropah:

1. Gianluigi Donnarumma (AC Milan)
2. Sergio Romero (Manchester United)
3. Jerome Boateng (Bayern Munich)
4. Sergio Ramos (Real Madrid)
5. David Alaba (Bayern Munich)
6. Thiago Silva (Chelsea)
7. Fernandinho (Manchester City)
8. Georginio Wijnaldum (Liverpool)
9. Memphis Depay (Lyon)
10. Julian Draxler (Paris St-Germain)
11. Henrikh Mkhitaryan (Roma)
12. Angel di Maria (Paris St-Germain)
13. Lionel Messi (Barcelona)
14. Sergio Aguero (Manchester City)
15. Zlatan Ibrahimovic (AC Milan)

Beberapa pemain Liga Perdana Inggeris (Premier League) terkenal, yang turut akan tamat kontrak ialah Lukasz Fabianski (West Ham United), Patrick Van Aanholt (Crystal Palace), Olivier Giroud (Chelsea) dan Juan Mata (Manchester United).

 

Photo credit: www.behance.net and www.besthqwallpapers.com

Show More

Related Articles

Back to top button