Berita

Kerajaan Negeri peka kebajikan asnaf

SEREMBAN: Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat berkenaan kebajikan para asnaf di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin berkata, Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menaikkan bantuan bulanan bagi asnaf dan fakir miskin yang berdaftar di bawah MAINS.

“Semua ketua isi rumah akan menerima agihan zakat antara RM250 hingga RM800.

“Manakala, asnaf miskin akan menerima agihan zakat antara RM250 hingga RM550 berdasarkan had kifayah semasa keperluan dan isi rumah mereka.

“Jika dulu, semua ketua isi rumah hanya meneri RM250 sahaja.

“Semoga dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri ini dapat meringankan beban para asnaf terutama dalam pasca endemik yang menyaksikan harga barang ini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button