Berita

15 Pengerusi dan Setiausaha MPKK DUN Gemencheh dilantik semula

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi mewakili Kerajaan Negeri Sembilan, telah menyampaikan watikah perlantikan Pengerusi dan Setiausaha MPKK bagi DUN Gemencheh.

Abd Latif berkata, seramai 15 pengerusi dan 15 setiausaha telah menerima watikah perlantikan dalam majlis ringkas yang diadakan di Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh.

“Adalah menjadi tanggungjawab Pengerusi dan Setiausaha MPKK menjadi wakil kerajaan negeri dalam menjalankan tugas pengurusan dan menjaga kebajikan masyarakat kampung secara menyeluruh.

“Saya amat berpuas hati dengan prestasi MPKK di DUN Gemencheh yang cemerlang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

“Saya berharap pengurusan MPKK dapat meneruskan kecemerlangan mereka bagi memastikan setiap rakyat terbela dan mendapat faedah serta insentif yang disediakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan,” kata Abd Latif.

Show More

Related Articles

Back to top button