Aktiviti

15 warga emas Pengkalan Kempas disantuni Rusli

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyantuni 15 warga emas yang keuzuran di Pengkalan Kempas.

Rusli berkata, adalah menjadi aktiviti bulanan bagi beliau menyantuni warga emas yang memerlukan bantuan.

“Saya telah menyumbang bantuan kewangan, bakul makanan dan barangan kesihatan bagi meringankan beban mereka.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan manfaat kepada setiap penerima,” ujar Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button