Aktiviti

150 keluarga kurang kemampuan disantuni Bakri sempena Ramadhan

KLAWANG: Seramai 150 keluarga kurang berkemampuan dari Taman Bandar Tinggi, Kampung Kemin, Kampung Tembun Binjai, Taman Naga Mas dan Kampung Gagu menerima sumbangan barang keperluan dapur dari ADUN Klawang, YB Dato’ Bakri Sawir.

Bakri turut menyampaikan sumbangan kewangan RM1,000 kepada Masjid Kampung Kemin, Surau Taman Naga Mas dan Surau Kampung Gagu. Manakala Surau Taman Bandar Tinggi menerima sumbangan RM500.

“Adalah amat penting bagi mendekati komuniti kampung, beramah mesra dengan mereka serta mendengar permasalahan mereka.

“Ini sesuai dengan saranan YAB Menteri Besar yang mengharapkan pihak MPKK memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan maklumat kepada penduduk di dalam kariah masing-masing.

“Semoga bulan Ramadan ini membawa keberkatan kepada seluruh penduduk Jelebu dan Kuala Klawang khasnya.

“Mudah-mudahan dengan sumbangan ini pihak masjid dapat memperkasakan intitusi ini dan menjalankan aktiviti keagamaan dengan sebaik-baiknya,” kata Bakri.

Show More

Related Articles

Back to top button