Berita

PH GEM: Lepasan universiti jana pendapatan sementara tunggu peluang pekerjaan

Nathiya dan Nishalini menjalankan perniagaan 'Henna'

Pada hari ini, saya telah menyantuni dua orang peserta PH GEM.

Peserta pertama, Cik Nathiya Ayyavu, berumur 29 tahun dan berasal dari Tampin. Beliau seorang yang sangat berdedikasi kerana begitu mahir dalam mengukir ‘Henna’ di tangan dan kaki.

Nathiya juga sedang mengikuti kelas jahitan kain semasa PKP ini. Bapa beliau adalah seoarang petani dan ibunya seorang surirumahtangga.

Sebahagian dari hasil kreativiti ukiran ‘Henna’ oleh Cik Nathiya Ayyavu.

Peserta Kedua, Cik Nishalini Nearu, berumur 24 tahun dan berasal dari Tampin juga.

Nishalini juga mahir dalam seni mengukir ‘Henna’ di tangan dan kaki. Bapa Nishalini adalah seorang pemilik restoran dan ibunya pula seorang surirumahtangga.

Pada tahun lepas mereka telah menyertai beberapa kelas ukiran ‘Henna’ di tangan dan kaki di bawah Inisiatif Power House Wanita Gemilang (PH GEM).

Kini Nathiya dan Nishalini dapat menjana pendapatan sampingan yang memberangsangkan.

Pelbagai ukiran menarik ‘Henna’, hasil kreativiti Nishalini Nearu.

Semasa berbual dengan Nathiya dan Nishalini petang tadi, saya mendapat tahu bahawa mereka berdua ini adalah lepasan universiti.

Mereka¬† berdua begitu gigih dan tekun mengikuti program latihan PH GEM untuk belajar seni mengukir ‘Henna’ di tangan dan kaki untuk pengantin perempuan (majlis perkahwinan), rakan-rakan dan golongan wanita yang tinggal berdekatan di kawasan perumahan mereka.

Kami daripada pihak PH GEM akan membantu mereka untuk memohon mendapatkan Sijil SSM. Selain itu kami juga akan mengajar mereka untuk mempromosikan ukiran ‘Henna’ di dalam laman Waghih Mart di bawah Kerajaan Negeri Sembilan.

Nathiya dan Nishalini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon dan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun di atas inisiatif memperkenalkan program PH GEM ini yang memperkasakan golongan wanita.

Navamalar Balakrishnan,
Ketua Penyelia PH GEM.

Show More

Related Articles

Back to top button