Aktiviti

Jeram Padang: 16 keluarga terima sumbangan barangan dapur

JERAM PADANG: Menyantuni masyarakat menjadi agenda bulanan Ranting KeADILan Palong 1. Ketua Penerangan KeADILan Jempol, Saudara Musliadi Sabtu berkata, seramai 16 keluarga di Palong 1 disantuni.

“Saya menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian untuk golongan ibu tunggal dan yang memerlukan bantuan.

“Mejoriti masyarakat Felda sudah berusia dan amat memerlukan perhatian. Oleh itu, saya menyeru kepada pimpinan kampung, harus peka dan prihatin kepada golongan ini.

“Semoga dengan sumbangan ini, ianya dapat membantu meringankan kos sara hidup,” kata Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button