Berita

16 pelajar Klawang terima bantuan kewangan dari Bakri

RM360 untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 4 dan RM330 untuk pelajar Tingkatan 5

KLAWANG: ADUN Klawang, YB Dato’ Bakri Sawir telah menyampaikan Biasiswa Rendah Negeri (BRN) Negeri Sembilan Tahun 2020 kepada 16 pelajar dari DUN Klawang.

Bakri berkata, insentif BRN ini merupakan satu inisiatif dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk membantu golongan pelajar dari keluarga kurang berkemampuan dan memerlukan.

“Melalui BRN, pelajar tersebut menerima bantuan kewangan sebanyak RM330.00 bagi pelajar Tingkatan 5 dan RM360.00 bagi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4.

“Bantuan kewangan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan pendidikan pelajar terbabit,” katanya.

Kesemua pelajar dari DUN Klawang ini adalah pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Program penyerahan bantuan kewangan ini telah berlangsung di Pusat Khidmat Rakyat DUN Klawang.

Show More

Related Articles

Back to top button