Berita

162 penganut Kristian terima sumbangan kewangan dari Veerapan

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada 162 individu yang kurang berkemampuan sempena sambutan Krismas.

“Sempena sambutan Krismas pada 25 Disember ini, saya telah menyumbang RM100 kepada setiap 162 penganut Kristian yang kurang berkemampuan dari DUN Repah.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan lagi sambutan Krismas pada tahun ini.

“Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua penganut Kristian di Malaysia dan Negeri Sembilan khususnya,” kata Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button