Berita

RM34.5 juta peruntukkan MARRIS rangsang ekonomi Negeri Sembilan

Sebanyak 429 kerja penyenggaraan jalan akan dilaksana segera

SEREMBAN: Dalam usaha merangsang ekonomi Negeri Sembilan yang terjejas akibat pandemik COVID-19, Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan sebanyak 429 kerja undi penyenggaraan jalan di Negeri Sembilan untuk pelaksanaan segera yang setiap satunya bernilai tidak melebihi RM100,000.00, dengan peruntukan berjumlah RM34,533,078.00.

Justeru, hari ini Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menyampaikan Surat Setuju Terima (SST) dan Inden Kerja Undi kepada kontraktor-kontraktor yang telah terpilih dalam Majlis Cabutan Kerja Undi Penyenggaraan Jalan Di Bawah Peruntukan MARRIS Negeri Sembilan Tahun 2020 pada 21 Mei 2020.

Dato’ Seri Aminuddin (kiri) menyampaikan Surat Setuju Terima dan Inden Kerja Undi kepada salah seorang kontraktor .

“Selain itu, terdapat tambahan tujuh buah projek daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang turut ditawarkan dengan nilai RM395,796.00, menjadikan jumlah keseluruhan kerja yang ditawarkan sebanyak 436 projek dengan nilai peruntukan keseluruhan berjumlah RM34,928,874.00.

“Semoga inisiatif ini dapat merancakkan pembangunan fizikal dan ekonomi negeri bertuah ini, lantas mengembalikan keadaan seperti sediakala. Insya-Allah,” ujar Dato’ Seri Aminuddin.

#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

Show More

Related Articles

Back to top button