Berita

17 keluarga di Ladang Regent terima bakul makanan dari Latif

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi menyantuni 17 keluarga di Ladang Regent di sini.

“Saya menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 17 keluarga India dan Melayu yang menetap di Kuarters Ladang Regent.

“Dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan yang belum nampak kesudahannya, 17 keluarga ini turut terkesan dan terjejas pendapatan.

“Saya sentiasa berusaha membantu warga Gemencheh yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa, agama mahupun ideologi politik,” kata Abd Latif.

Beliau berharap dengan bantuan bakul makanan ini, ianya dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh 17 keluarga ini.

Bantuan bakul makanan dihantar terus dari rumah ke rumah mengikut SOP yang ditetapkan.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Sri Gemencheh, Encik Zulkiflee; Ahli Majlis Daerah Tampin, Encik Davindren; Pastor Gereja Gemencheh, Encik Raman dan Pegawai Kebajikan Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh, Puan Sasriza.

Show More

Related Articles

Back to top button