Berita

17 OKU terima bantuan bulanan dari Gunasekaren dan Kesavadas

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyampaikan bantuan bulanan (dua kali sebulan) kepada 17 individu yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).

“Sebanyak 17 buah keluarga di DUN Seremban Jaya telah menerima bantuan berbentuk barang keperluan asas, susu tepung khas dan lampin pakai buang.

“Setiap individu OKU ini akan menerima bantuan ini dua kali sebulan.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu para penerima dan keluarga mereka dalam menjalani kehidupan harian, terutamanya dalam keadaan pandemik Covid-19,” kata Gunasekaren.

Gunasekaren mengucapkan terima kasih kepada YB Senator Dato’ A. Kesavadas Nair yang turut menyumbang dari segi kewangan bagi menjayakan program bantuan ini.

Show More

Related Articles

Back to top button