Berita

Jadilah pelajar yang hargai jasa guru dan sekolah: Aminuddin

CHUAH: “Janganlah jadi insan yang berilmu tinggi tapi merompak dan makan rasuah.

“Sebaliknya jadilah manusia yang mampu memberi manfaat kepada orang lain, kerana itu adalah sebaik-baik insan,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Lambaian Kasih Citra Kenangan, Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah (SKKS); yang melibatkan pelajar darjah 6 yang bakal meninggalkan sekolah.

“Saya turut mengingatkan anak-anak saya agar sentiasalah mengenang jasa guru dan sekolah yang mendidik mereka.

“Jangan jadi anak yang sombong dengan sekolah, yang tidak mahu datang ke sekolah apabila dewasa kelak.

“Namun jadilah anak-anak yang menghargai jasa sekolah dan pendidik dalam menyemai benih ilmu buat mereka.

“Kelak bila dewasa, berbaktilah semampu boleh tidak kira dari segi kewangan, kudrat mahupun masa,” kata Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button