Aktiviti

170 orang penganut Hindu terima sumbangan Deepavali dari Abd Latif

GEMENCHEH: Seramai 170 penganut Hindu dari DUN Gemencheh telah menerima sumbangan keperluan barangan dapur dari Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A Tambi sempena perayaan Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Adalah diharapkan dengan sumbangan ini, ianya dapat membantu meringankan beban mereka yang tidak berkemampuan.

“Selain itu ianya juga serba sedikit dapat membantu mengurangkan pergerakan keluar rumah dalam keadaan Covid-19 melanda negara kita ini.

“Saya ingin menasihatkan penerima sumbangan agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan perayaan Deepavali disambut dengan sederhana untuk mengelakkan risiko penularan pandemik Covid-19,” ujar Abd Latif.

Show More

Related Articles

Back to top button