Berita

DUN Sri Menanti: Adik Ilman Farhan dapat katil mudah alih

SRI MENANTI: Kisah Adik Ilman Farhan Zainal, 16 tahun, yang disiarkan Negeri Kita kelmarin, telah mendapat perhatian segera oleh Penyelaras DUN Sri Menanti, Tuan Shahran Kaat.

“Alhamdullillah ada penyumbang yang sudi menyumbang katil hospital mudah alih ini.

“Kegembiraan jelas terpancar di wajah Adik Ilman Farhan dan keluarganya selepas menerima katil hospital mudah alih ini.

“Dengan adanya katil ini, diharapkan ia dapat memudahkan urusan penjagaan diri Adik Ilman Farhan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyumbang katil hospital mudah alih ini.

“Hanya Allah Ta’ala yang dapat membalas budi penyumbang, Sesungguhnya memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusannya,” kata Shahran.

Sementara itu ekoran dari aduan yang diterima daripada Pengerusi MPKK Kampung Gunung Pasir, berkaitan mendapan tanah yang mengakibatkan empangan saliran air pecah pada 28 Mei lepas; Shahran telah melaporkan isu ini pada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Pilah.

“Kerja baik pulih saliran longkang telah bermula pada 09 Jun dan telah pun siap pada 13 Jun lepas.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada JPS Kuala Pilah atas tindakan yang diambil segera,” ujar Shahran.

 

Show More

Related Articles

Back to top button