Berita

18 keluarga dikuarintin Covid-19 dibantu Rahman

SERTING: Sebanyak 18 keluarga yang dikuarintin akibat Covid-19, telah menerima sumbangan bekalan makanan dari Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli.

“Sepanjang dua minggu yang lalu saya telah menghulurkan bantuan barangan keperluan dapur kepada 18 keluarga di DUN Serting.

“Saya sentiasa memastikan setiap warga DUN Serting yang dikuarintin akibat Covid-19 dapat bantuan makanan.

“Semoga sumbangan ini memberi manfaat dan meringankan beban setiap keluarga yang terkesan,” ujar Abdul Rahman.

18 keluarga ini membabitkan Kampung Serting Tengah (4 keluarga), Felda Serting Hilir (4), Taman Sri Serting (2), Feldajaya (2), Taman Sri Mahsan (1), Kampung Jawa (1), Kampung Bayai Lama (1), Kampung Bayai Baru (1) dan
Taman Serting Utama (1) dan Taman Intan (1).

Show More

Related Articles

Back to top button